AGENDA 2 :

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


MINIT MESYUARAT
MESYUARAT PENGURUSAN GURU PENYELARAS BESTARI
BIL 1 / 2012



                                    Tarikh :           28 Februari 2012
                                    Hari:                Selasa
                                    Masa:             2.30 petang
                                    Tempat:          Dewan Taklim, PKG Mekasar



KEHADIRAN :


1.         Mohamad Ismadi Bin Ismail                        - PTP PKG Mekasar (Penyelaras PKG Mekasar)
2.         Sikrikis A/L Eh Noi                                       - GPB SMK Sultan Ibrahim 2
3.         Nik Ya B. Nik Lah                                          - GPB SMK Perempuan P.Mas
4.         Nik Azemi                                                      - GPB SMK Tendong
5.         Mohd Johari Yaacob                                                - GPB SMK Bunut Susu
6.         Suffian B. Mohd Nor                                                - GPB SM Teknik Pasir Mas
7.         Fauzi Bin Hasan                                            - GPB SK Sultan Ibrahim 2
8.         Wan Meriam Bt. Wan Yusof                                    - GPB SK Sultan Ibrahim 4
9.         Mohd Roslan Ab. Karim                              - GPB SK Lemal
10.       Mohd Sanusi B. Haron                                 - GPB SK Mekasar
11.       Mohd Rosil B.Ismail                                     - GPB SK Dato’Abdul Hamid 1
12.       Saburi sulong                                                - GPB SK Dato’ Abdul Hamid 2
13.       Mohd Nasir Ismail                                         - GPB SK Tanjong Chenak
14.       Hishamudin Mohd Zain                                - GPB SK Tanjong Bunga
15.       Mohd Hasnan Bin Ab Hamid                       - GPB SK Bunut Susu
16.      Azmi Ismail                                                     - GPB SK Bechah Durian
17.       Saiful Asmawi Abd.Rahman                       - GPB SK Penggu
18.       Nabil Asyraf Abd. Rashid                            - GPB SK Kedondong
19.       Amran Abd. Kadir                                         - GPB SK Othman Talib 1
20.       Hasbullah B Salleh                                       - GPB SK Othman Talib 2
21.       Tey Hock Hwa                                               - GPB SJK (C) Yok Eng
22.       Haisufazrul Ahmad                                       - GPB SMU (A) Al-Ulum





  1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

    1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa oleh Pengerusi.

    1. PTP PKG Mekasar selaku pengerusi majlis dan penceramah mengalu-alukan kedatangan semua GPB/ICT yang hadir dan mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ke Mesyuarat Pengurusan GPB/ICT PKG Mekasar kali Pertama tahun 2012.

    1. Menyentuh tentang tanggungjawab iaitu tanggungjawab kepada organisasi terutamanya dalam bidang tugas di Makmal Komputer dan Pusat Akses masing-masing.Tanggungjawab kepada organisasi amat penting kerana ia adalah amanah yang akan dipersoal kelak.

    1. Diharapkan semoga dengan ada mesyuarat pada hari ini akan dapat melancarkan lagi pengurusan ICT di sekolah ke arah kecemerlangan.

    1. Diteruskan dengan menyatakan matlamat mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan dengan lebih awal tentang agenda dan perancangan berkaitan dengan pembangunan ICT di sekolah pada tahun ini.




  1. UCAPAN PENGERUSI

    1. Mengucapkan tahniah kepada semua sekolah di atas kerjasama dalam menjayakan kerja yang dipertanggungjawabkan pada tahun lepas. Mengharapkan kerjasama dapat diteruskan dengan lebih cemerlang pada tahun ini.

    1. Agenda diteruskan dengan ucapan Ketua Unit PKG dimulai dengan menerangkan agenda mesyuarat dan hal-hal lain iaitu mengenai pemantauan ICT, Kursus, Bengkel dan Taklimat yang akan diadakan pada tahun ini.


    1. Menyatakan cadangan tarikh pemantauan ICT akan diadakan untuk sesi pertama bermula pada bulan Mac hingga Mei dan pemantauan untuk sesi kedua akan diumumkan kelak.

    1. Membentangkan isu pengisian data ICT iaitu SPPICT, SSQS dan STS.
Menekankan sekolah mengambil tindakan awal untuk mengisi data tersebut supaya tidak berlaku masalah dalam mengisi maklumat yang dikehendaki.
PKG akan menghantar surat bagi memaklumkan hal tersebut.

    1. Agenda seterusnya, menyentuh tentang pertandingan makmal, laman web dan blog bagi sekolah yang ingin menyertai.

    1. Pengerusi juga memaklumkan tentang Bengkel, Kursus dan Taklimat yang bakal berlangsung pada tahun ini iaitu Bengkel Penerbitan Bahan & Media yang mana program tersebut akan di buat di peringkat PKG dan BTPN pada 24 & 25 April 2012. Tujuan bengkel tersebut adalah untuk melatih guru-guru dalam editing video dan blog.


    1. Menyarankan Laporan Aduan Masalah ICT perlu dilaporkan kepada PKG dengan membuka tiket aduan seandainya mengalami masalah sama ada berkaitan dengan perisian atau perkakasan untuk diambil tindakan segera. Pengerusi juga membentangkan Statistik STS tahun 2011.

    1. Seterusnya, menerangkan tentang status langganan ISP dan Internet tahun 2012 kepada GPB.

Tindakan : PTP  PKG



  1. LAPORAN PENGISIAN SSQS DAN SPPICT SECARA ONLINE

    1. Membentangkan statistik pengisian SSQS dan SPPICT tahun 2011.

    1. Mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua GPB/ICT kerana telah mengambil langkah proaktif dengan menyelesaikan pengisian SSQS dan SPPICT dengan jayanya dengan peratusan 100%. Dan diiharapkan pada tahun ini dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi.

    1. Memaklumkan tarikh pengisian data SPPICTS bagi tahun ini pada Mei 2012 (bagi Sesi 1/2012) dan Ogos/ September (Sesi 2/2012). Diharapkan GPB bersedia dengan data-data lengkap untuk tujuan ini.

    1. PKG juga akan memantau pengisian data on-line iaitu melalui SSQS dan SPPICT. Semua sekolah perlu mengisi data dua kali setahun.

Makluman : Semua ahli mesyuarat













  1. 1 BESTARI.NET

    1. Membentangkan sekolah yang terlibat dengan 1Bestari.Net Fasa 1 yang melibatkan 13 buah sekolah dan menyatakan sekolah-sekolah yang terlibat dengan pemasangan struktur 1Bestari.Net.

    1. Menerangkan kriteria-kriteria penggantian dan perolehan baru peralatan ICT dan ICT bagi tahun 2012.

    1. Pengerusi memaklumkan semua Guru Penyelaras Bestari/ICT perlu menyediakan perancangan strategi ICT di sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran aplikasi ICT guru-guru dan murid-murid contohnya dengan menghadiri bengkel kursus asas ICT dan sebagainya.


Makluman : Semua ahli mesyuarat


  1. HAL-HAL LAIN

    1. Mengumumkan akan diadakan Pertandingan Makmal Komputer, Pusat Akses dan Portal/ Blog yang melibatkan sekolah kelompok PKG.
    2. Membangkitkan tentang isu penyimpanan CD Bahan MBMMBI 2011 dan berharap GPB dapat membuat rekod serta dokumentasi tentang penggunaan bahan tersebut dengan kemas dan lengkap.
    3. En.Haisulfazrul (SMU.Al-Ulum) menyatakan kegagalan untuk mengakses ke Laman STS bagi pengisian Aduan Laporan Kerosakan ICT dan berharap pihak PKG dan BTPN dapat menyelesaikan masalah tersebut. Pengerusi akan memanjangkan hal tersebut ke BTPN.
    4. Pengerusi meminta agar GPB/ICT dapat menghubungi PKG sekiranya memerlukan bantuan berkaitan ICT selain dari semasa pemantauan dilakukan.



     PENUTUP
Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan perhatian yang diberikan semasa mesyuarat ini dilangsungkan. Mohon maaf atas kelemahan dan kekurangan sekiranya ada.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 ptg dengan bacaan surah Al-Asr.


.








Disediakan oleh;                                                                   Disemak dan disahkan oleh;



…………………………………………….                             ..........................................................
(SITI NOR PAZILAWATI BT MOHD PAUZEE)               (MOHAMAD ISMADI BIN ISMAIL)
JURUTEKNIK KOMPUTER                                               PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1
PUSAT KEGIATAN GURU MEKASAR                            PUSAT KEGIATAN GURU MEKASAR

Tarikh : 1 MAC 2012                                                             Tarikh : 1 Mac 2012

No comments:

Post a Comment