MINIT MESYUARAT
MESYUARAT PENGURUSAN GURU PENYELARAS BESTARI
SEKOLAH KELOMPOK PUSAT KEGIATAN GURU(PKG) MEKASAR
BIL 1 / 2012
Tarikh : 28 Februari 2012
Hari: Selasa
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Taklim, PKG Mekasar
KEHADIRAN :
1. Mohamad Ismadi Bin Ismail - PTP PKG Mekasar (Penyelaras PKG Mekasar)
2. Sikrikis A/L Eh Noi - GPB SMK
Sultan Ibrahim 2
3. Nik Ya B. Nik Lah - GPB SMK
Perempuan P.Mas
4. Nik Azemi - GPB SMK Tendong
5. Mohd Johari Yaacob -
GPB SMK Bunut Susu
6. Suffian B. Mohd Nor -
GPB SM Teknik Pasir Mas
7. Fauzi Bin Hasan - GPB SK Sultan Ibrahim 2
8. Wan Meriam Bt. Wan Yusof - GPB SK Sultan
Ibrahim 4
9. Mohd Roslan Ab. Karim - GPB SK Lemal
10. Mohd Sanusi B. Haron - GPB SK Mekasar
11. Mohd Rosil B.Ismail -
GPB SK Dato’Abdul Hamid 1
12. Saburi sulong -
GPB SK Dato’ Abdul Hamid 2
13. Mohd Nasir Ismail - GPB
SK Tanjong Chenak
14. Hishamudin Mohd Zain - GPB SK Tanjong
Bunga
15. Mohd Hasnan Bin Ab Hamid - GPB SK Bunut Susu
16. Azmi Ismail - GPB SK Bechah Durian
17. Saiful Asmawi Abd.Rahman - GPB SK Penggu
18. Nabil Asyraf Abd. Rashid - GPB SK Kedondong
19. Amran Abd. Kadir - GPB SK Othman Talib 1
20. Hasbullah B Salleh - GPB SK Othman Talib 2
21. Tey Hock Hwa -
GPB SJK (C) Yok Eng
22. Haisufazrul Ahmad - GPB SMU
(A) Al-Ulum
- UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
- Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa
oleh Pengerusi.
- PTP PKG Mekasar selaku pengerusi majlis dan penceramah
mengalu-alukan kedatangan semua GPB/ICT yang hadir dan mengucapkan terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ke Mesyuarat Pengurusan GPB/ICT PKG
Mekasar kali Pertama tahun 2012.
- Menyentuh tentang tanggungjawab iaitu tanggungjawab
kepada organisasi terutamanya dalam bidang tugas di Makmal Komputer dan
Pusat Akses masing-masing.Tanggungjawab kepada organisasi amat penting
kerana ia adalah amanah yang akan dipersoal kelak.
- Diharapkan semoga dengan ada mesyuarat pada hari
ini akan dapat melancarkan lagi pengurusan ICT di sekolah ke arah
kecemerlangan.
- Diteruskan dengan menyatakan matlamat mesyuarat ini
diadakan adalah bertujuan mendedahkan dengan lebih awal tentang agenda
dan perancangan berkaitan dengan pembangunan ICT di sekolah pada tahun
ini.
- UCAPAN PENGERUSI
- Mengucapkan tahniah kepada semua sekolah di atas
kerjasama dalam menjayakan kerja yang dipertanggungjawabkan pada tahun
lepas. Mengharapkan kerjasama dapat diteruskan dengan lebih cemerlang
pada tahun ini.
- Agenda diteruskan dengan ucapan Ketua Unit PKG
dimulai dengan menerangkan agenda mesyuarat dan hal-hal lain iaitu
mengenai pemantauan ICT, Kursus, Bengkel dan Taklimat yang akan diadakan
pada tahun ini.
- Menyatakan cadangan tarikh pemantauan ICT akan
diadakan untuk sesi pertama bermula pada bulan Mac hingga Mei dan
pemantauan untuk sesi kedua akan diumumkan kelak.
- Membentangkan isu pengisian data ICT iaitu SPPICT,
SSQS dan STS.
Menekankan sekolah mengambil tindakan awal untuk mengisi data tersebut
supaya tidak berlaku masalah dalam mengisi maklumat yang dikehendaki.
PKG akan menghantar surat bagi memaklumkan hal tersebut.
- Agenda seterusnya, menyentuh tentang pertandingan
makmal, laman web dan blog bagi sekolah yang ingin menyertai.
- Pengerusi juga memaklumkan tentang Bengkel, Kursus dan
Taklimat yang bakal berlangsung pada tahun ini iaitu Bengkel Penerbitan
Bahan & Media yang mana program tersebut akan di buat di peringkat
PKG dan BTPN pada 24 & 25 April 2012. Tujuan bengkel tersebut adalah
untuk melatih guru-guru dalam editing video dan blog.
- Menyarankan Laporan Aduan Masalah ICT perlu
dilaporkan kepada PKG dengan membuka tiket aduan seandainya mengalami
masalah sama ada berkaitan dengan perisian atau perkakasan untuk diambil
tindakan segera. Pengerusi juga membentangkan Statistik STS tahun 2011.
- Seterusnya, menerangkan tentang status langganan
ISP dan Internet tahun 2012 kepada GPB.
Tindakan : PTP PKG
- LAPORAN PENGISIAN SSQS DAN SPPICT SECARA ONLINE
- Membentangkan statistik pengisian SSQS dan SPPICT
tahun 2011.
- Mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada
semua GPB/ICT kerana telah mengambil langkah proaktif dengan
menyelesaikan pengisian SSQS dan SPPICT dengan jayanya dengan peratusan
100%. Dan diiharapkan pada tahun ini dapat memberikan komitmen yang lebih
tinggi.
- Memaklumkan tarikh pengisian data SPPICTS bagi
tahun ini pada Mei 2012 (bagi Sesi 1/2012) dan Ogos/ September (Sesi
2/2012). Diharapkan GPB bersedia dengan data-data lengkap untuk tujuan
ini.
- PKG juga akan memantau pengisian data on-line iaitu melalui SSQS dan
SPPICT. Semua sekolah perlu mengisi data dua kali setahun.
Makluman : Semua ahli mesyuarat
- 1 BESTARI.NET
- Membentangkan sekolah yang terlibat dengan
1Bestari.Net Fasa 1 yang melibatkan 13 buah sekolah dan menyatakan
sekolah-sekolah yang terlibat dengan pemasangan struktur 1Bestari.Net.
- Menerangkan kriteria-kriteria penggantian dan
perolehan baru peralatan ICT dan ICT bagi tahun 2012.
- Pengerusi memaklumkan semua Guru Penyelaras
Bestari/ICT perlu menyediakan perancangan strategi ICT di sekolah yang
bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran aplikasi ICT
guru-guru dan murid-murid contohnya dengan menghadiri bengkel kursus asas
ICT dan sebagainya.
Makluman
: Semua ahli mesyuarat
- HAL-HAL LAIN
- Mengumumkan akan diadakan Pertandingan Makmal Komputer, Pusat Akses
dan Portal/ Blog yang melibatkan sekolah kelompok PKG.
- Membangkitkan tentang isu penyimpanan CD Bahan MBMMBI 2011 dan
berharap GPB dapat membuat rekod serta dokumentasi tentang penggunaan
bahan tersebut dengan kemas dan lengkap.
- En.Haisulfazrul (SMU.Al-Ulum) menyatakan kegagalan untuk mengakses ke
Laman STS bagi pengisian Aduan Laporan Kerosakan ICT dan berharap pihak
PKG dan BTPN dapat menyelesaikan masalah tersebut. Pengerusi akan
memanjangkan hal tersebut ke BTPN.
- Pengerusi meminta agar GPB/ICT dapat menghubungi
PKG sekiranya memerlukan bantuan berkaitan ICT selain dari semasa pemantauan
dilakukan.
PENUTUP
Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan perhatian yang
diberikan semasa mesyuarat ini dilangsungkan. Mohon maaf atas kelemahan dan
kekurangan sekiranya ada.
Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 5.00 ptg dengan bacaan surah Al-Asr.
.
Disediakan oleh; Disemak
dan disahkan oleh;
……………………………………………. ..........................................................
(SITI NOR PAZILAWATI BT MOHD PAUZEE) (MOHAMAD ISMADI BIN ISMAIL)
JURUTEKNIK KOMPUTER PEGAWAI
TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1
PUSAT KEGIATAN GURU MEKASAR PUSAT KEGIATAN GURU MEKASAR
Tarikh : 1 MAC 2012 Tarikh
: 1 Mac 2012
No comments:
Post a Comment